Skip to main content

Cara Mulakan Bisnes eBay Untuk Tahun 2024

Untuk anda yang baru pertama kali dengar tentang bisnes eBay, tapi belum faham lagi apa itu eBay?

Baca artikel pertama ini terlebih dahulu.

Supaya anda tak lost

Langkah-Langkah Nak Mulakan Bisnes eBay

Untuk artikel ini, saya nak kongsikan step-by-step apa perlu buat kalau anda nak mula berbisnes eBay.

Saya akan bahagikan bahagian ini kepada beberapa bahagian.

  1. Buka akaun emel
  2. Daftar akaun eBay
  3. Daftar akaun Payoneer
  4. Link akaun eBay & Payoneer
  5. Buat produk research
  6. Buat listing
  7. Terima order
  8. Hantar order

Ok anda dah bersedia? Jom buat step di bawah satu persatu.

1. Buka Akaun Emel

Jika anda belum ada akaun emel, sila buka terlebih dahulu.

Mudah sahaja caranya.

Tapi saya percaya kebanyakan orang dah ada emel sekarang ni.

Kredit imej : Google

Anda boleh guna Gmail atau Yahoo. Tiada masalah.

Satu emel untuk satu akaun eBay.

2. Daftar Akaun eBay

Dah ada emel, baru boleh buka akaun eBay.

Pergi ke eBay.com dan daftar di situ.

Daftar akaun eBay

3. Daftar Akaun Payoneer

Apa itu Payoneer?

Payoneer adalah seumpama bank antarabangsa.

Yang mana setiap kali anda dapat jualan dari bisnes eBay.

Duit dari pelanggan anda akan dimasukkan ke sini dulu.

Dari Payoneer, barulah duit tersebut akan dipindahkan ke bank tempatan pula.

Sebelum Payoneer, eBay menggunakan khidmat PayPal.

Bagaimana nak daftar?

Masuk ke Payoneer dan klik register.

Daftar guna emel yang sama macam anda daftar akaun eBay tadi.

Senang, mudah nak ingat.

Daftar akaun Payoneer

Dalam tempoh seminggu, pihak Payoneer akan meminta beberapa dokumen daripada anda untuk tujuan pengesahan.

Antaranya adalah ;

  • salinan kad pengenalan
  • atau lesen
  • atau passport

4. Link Akaun Bisnes eBay dan Payoneer

Semasa pendaftaran di bahagian ke-3 di atas.

Sistem akan meminta anda untuk sync antara keduanya, iaitu eBay dan Payoneer.

Link akaun eBay dan Payoneer

Tak perlu takut tak perlu risau.

Ikut sahaja arahan daripada eBay.

5. Buat Produk Research Bisnes eBay

Langkah ini adalah langkah yang sangat penting.

Tak tahu nak jual apa?

Kredit imej : Snowing | Freepik
Buat kajian dulu.

Research hot product!

Tak perlu syok sendiri jual barang yang kita rasa seronok boleh terjual.

6. Buat Listing

Listing bermaksud kita masukkan apa yang kita nak jual.

Dalam bahasa mudahnya, barang yang kita nak jual tu, itulah namanya listing.

Kredit imej : Rawpixel.com | Freepik
Ia terdiri daripada ;

  • Gambar
  • Description
  • Harga
  • Kos pos
  • Dan lain-lain

7. Terima Order

Tahniah apabila anda dah dapat jualan yang pertama dari bisnes eBay ni.

Anda akan dapat emel mengatakan bahawa anda sudah dapat jualan

Perasaannya sangat menggembirakan sebab dah pecah telur.

Jadi anda kena beli barang dulu cepat-cepat kemudian baru pos kepada pelanggan.

8. Hantar Order

Nak hantar tempahan pelanggan, anda boleh gunakan beberapa pilihan.

Antaranya adalah Singapore Post atau DHL ECommerce.

Jika nak lebih laju boleh guna sama ada DHL Express, FEDEX atau Flickpost.

Boleh baca di sini kalau nak tahu berapa anggaran kosnya.

Setiap syarikat logistik ni lain harganya.

Ada yang mahal dan ada yang murah.

Belajar Bisnes eBay Dengan Mentor

Di atas adalah serba sedikit penerangan berkaitan cara nak mulakan bisnes eBay ini.

Diharapkan anda beroleh sedikit manfaat dari perkongsian saya.

Jika anda nak belajar lebih mendalam.

Saya sangat sarankan anda belajar dari seseorang yang mempunyai track rekod yang baik dalam bisnes eBay ini.

Dia adalah salah seorang proven mentor yang ada di Malaysia.

Jika anda berminat nak belajar, klik butang di bawah.

Dalam artikel seterusnya, saya akan kongsikan pula.

Case study sebenar bagaimana seorang lelaki menjana income 5 angka melalui bisnes eBay hanya dengan buat dropship Shopee dan jual di laman eBay.

[ Baca lagi : Case Study Cara Berniaga di eBay ]

Comments

Popular posts from this blog

3 Contoh Bisnes Modal Kecil Tahun 2024

Kami percaya anda yang datang sini kerana nak mencari contoh-contoh bisnes modal kecil yang mudah diusahakan, betul? Kalau macam tu, teruskan membaca artikel ini sampai habis. Bisnes Modal Kecil Antara ciri model perniagaan atau model bisnes yang baik adalah ia mestilah bisnes bermodal kecil . Kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini, anda masih punya wang simpanan untuk terus survive ; sama ada bertahan atau tukar bisnes lain. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 3 contoh bisnes yang sesuai untuk anda mulakan. 1. Stokis Bisnes sebegini sinonim dengan produk kecantikan dan kesihatan. Anda keluarkan sedikit modal untuk dapatkan stok. Kemudian anda jual kepada pengguna. Kebaikan bisnes berbentuk stokis ini adalah anda akan bermotivasi tinggi untuk menghabiskan stok yang bertimbun itu. Manakala kelemahannya pula, kadang-kadang HQ tak benarkan anda untuk pulangkan stok barangan sekiranya ia kurang laku. Jadi sebelum keluarkan sebarang modal, fikir betul-betul produk itu produk ...

Cara Buat Affiliate di Malaysia Tahun 2024

Ini adalah satu case study sebenar tentang bagaimana cara buat affiliate dan jana 4 angka pertama melalui affiliate kerjaya. Artikel ini adalah bahagian yang paling penting sekali. Jika anda belum hadam apa itu affiliate, sila baca artikel pertama terlebih dahulu. Dan jika anda nak belajar langkah demi langkah bagaimana nak bermula, sila baca artikel kedua pula. Cara Buat Affiliate Langkah pertama cara buat affiliate di Malaysia adalah dengan pemilihan niche . Saya bermula dengan niche affiliate kerjaya pada tahun 2015. Niche kerjaya ini adalah salah satu niche yang evergreen . Tambahan lagi, pesaing tidak ramai. Produk yang dijual adalah produk ebook ujian Psikometrik SPA . Pada mulanya, nak tunggu dapat jualan tu, punya la seksa. Apabila dah mula dapat rentak, baru la saya teruskan dengan konsisten. Daftar Sebagai Affiliate Kerjaya Untuk affiliate kerjaya ini, saya mendaftar di laman JVSecurePay. Malangnya, mereka sudah tidak buka pendaftaran buat masa ini. Jadi anda perlu ca...

Cara Berniaga di eBay Untuk Newbie 2024

Untuk anda yang nak tahu cara berniaga di eBay . Sila baca artikel pertama ini terlebih dahulu. Untuk anda yang berminat nak buat bisnes eBay, sila baca artikel kedua pula. Kami ada kongsikan langkah demi langkah bagaimana nak bermula. Cara Berniaga di eBay Baik dalam artikel ini. Kami nak kongsikan case study sebenar cara berniaga di eBay . Bagaimana seorang lelaki menjana 5 angka hanya dengan buat dropship Shopee dan jual semula di eBay. Menarik kan? Kisahnya bermula sejak PKP tahun 2020 dulu. Kredit imej : Utusan Malaysia Zaman Covid dulu, ramai yang sangkut & stuck duduk di rumah masing-masing. Ada yang dipotong pendapatannya, ada yang kena VSS, ada yang kena buang kerja terus. Jadi nak dijadikan cerita. Seorang lelaki dari Johor ni keluarkan satu panduan buat bisnes di pasaran USA. Mula-mula dia dan team dia nak makan sorang je. Buat apa bagitau kat semua orang kan? Tapi disebabkan ramai yang terjejas. PKP kemudian PKPD, PKPB dan macam-macam lagi. Dia setuju untuk tunjuk...