Skip to main content

Cara Buat Affiliate di Malaysia Tahun 2024

Ini adalah satu case study sebenar tentang bagaimana cara buat affiliate dan jana 4 angka pertama melalui affiliate kerjaya.

Artikel ini adalah bahagian yang paling penting sekali.

Jika anda belum hadam apa itu affiliate, sila baca artikel pertama terlebih dahulu.

Dan jika anda nak belajar langkah demi langkah bagaimana nak bermula, sila baca artikel kedua pula.

Cara Buat Affiliate

Langkah pertama cara buat affiliate di Malaysia adalah dengan pemilihan niche.

Saya bermula dengan niche affiliate kerjaya pada tahun 2015.

Niche kerjaya ini adalah salah satu niche yang evergreen.

Tambahan lagi, pesaing tidak ramai.

Produk yang dijual adalah produk ebook ujian Psikometrik SPA.

Pada mulanya, nak tunggu dapat jualan tu, punya la seksa.

Apabila dah mula dapat rentak, baru la saya teruskan dengan konsisten.

Daftar Sebagai Affiliate Kerjaya

Untuk affiliate kerjaya ini, saya mendaftar di laman JVSecurePay.

Malangnya, mereka sudah tidak buka pendaftaran buat masa ini.

Jadi anda perlu cari penyedia perkhidmatan affiliate yang lain.

Untuk mendaftar sebagai affiliate di mana-mana sekalipun, kebanyakan mereka tidak mengenakan sebarang yuran.

Platform Promosi

Langkah seterusnya dalam cara buat affiliate ialah mempromosikan ia.

Saya memilih penulisan artikel kerana menulis adalah kemahiran saya.

Kredit imej : valeria_aksakova | Freepik

Jadi saya memilih untuk mempromosikan produk ebook kerjaya ini melalui penulisan di laman blog.

Ada juga rakan-rakan affiliate yang lain, mereka memilih untuk menghasilkan konten berbentuk video Youtube & Tik Tok.

Dan mereka juga berjaya.

Apa-apa pun, tanya diri sendiri ;

Apa kemahiran yang aku ada? Buat live ke? Tulis artikel ke? Buat video ke?

Jadi dari situ, akan datang idea-idea baru yang lebih segar.

Kandungan Yang Berkualiti

Dalam menghasilkan konten (kandungan) untuk affiliate kerjaya ini, saya hanya memfokuskan kepada menulis artikel sahaja.

Contoh artikel tersebut adalah berkaitan ujian Psikometrik

Saya akan hasilkan artikel baru yang unik dan tiada dalam blog lain.

Of course semasa proses menghasilkan artikel tersebut, saya akan membaca & menganalisis artikel-artikel yang ditulis oleh rakan-rakan lain.

Semua itu untuk tujuan pembelajaran, bukan untuk ditiru bulat-bulat.

Jika anda copy-paste artikel orang lain, Google akan kenakan penalti kepada blog anda.

Kredit imej : Rawpixel.com | Freepik

Ini boleh menyebabkan ranking blog anda jatuh.

Hantar Trafik

Bahagian yang terpenting dalam cara buat affiliate adalah bahagian ini.

Sila fahamkan betul-betul.

Selepas menghasilkan artikel blog yang unik, kerja anda adalah ;

  • hantar trafik
  • hantar trafik
  • hantar trafik

Artikel yang baik sekalipun, jika tiada yang membacanya.

Maka tiada pembeli yang akan membeli produk tersebut.

Artikel bermanfaat > tiada trafik > tiada orang baca > tiada pembeli

Video yang baik > tiada trafik > tiada orang tonton > tiada pembeli

Ingat betul-betul sifir di atas.

Untuk mendapatkan trafik yang banyak serta berkualiti, saya menggunakan kaedah SEO dan kaedah berbayar.

SEO

SEO adalah satu cara penulisan artikel yang mesra Google.

Yang mana jika anda menulis dengan kaedah tertentu, akan menyebabkan artikel anda mudah untuk di-rank oleh Google.

Kredit imej : NisonCo PR and SEO | Unsplash

Seiring dengan masa, ia akan naik perlahan-lahan ke halaman pertama Google.

Bergantung kepada kualiti artikel yang dihasilkan, kualiti keyword yang digunakan serta kualiti artikel yang ditulis pesaing anda.

Kaedah Berbayar - Google Ads

SEO ada kelemahannya yang tersendiri.

SEO lambat & bukan untuk orang yang sabar

Anda perlu menulis dengan rules tertentu dan submit kepada directory Google.

Kemudian robot Google akan datang dan mula mengindeks artikel anda.

Jika artikel anda bagus dan memenuhi kriterianya maka artikel anda akan naik ke laman Google secara organik (perlahan-lahan).

Kredit imej : Rawpixel.com | Freepik

Biasanya ia mengambil masa minimum 3 bulan untuk menampakkan hasil.

Adapun Google Ads, ia lebih straight-forward.

Google Ads cepat

Anda bayar kepada Google. Dan Google akan letak iklan blog anda di laman pertama.

Bergantung kepada bajet yang anda ada.

Bajet tinggi, dia letak di kedudukan pertama.

Bajet rendah, dia letak di kedudukan seterusnya pula.

Jadi dua-dua kaedah ini saya guna untuk saling melengkapi agar lebih ramai pelawat datang dan baca artikel saya.

[ Baca lagi : 9 Kelebihan Google Ads ]

Dapatkan Klik Sebanyak Mungkin

Setelah itu, pelawat akan dibawa ke kolam yang saya sediakan.

Dalam kes ini, kolam yang saya pilih adalah channel Telegram.

Dan dari situ lah, saya berikan link affiliate produk ujian Psikometrik tadi.

Dalam kolam yang sama, follow-up masih berjalan secara berkala.

Dan teknik ini lah yang saya buat sampai sekarang dan masih berhasil.

Kesimpulan

Untuk berjaya dalam affiliate, anda tak perlu lagi langgar dinding seperti saya suatu masa dulu.

Cara buat affiliate sebegini adalah kaedah sebenar yang mampu saya kongsikan.

Jika anda juga nak berjaya, belajar sahaja dari mentor yang proven dan dah lama dalam bidang ini.

Dulu saya juga sama seperti anda, merangkak-rangkak nak buat jualan dari bisnes affiliate.

Sekarang dah mudah.

Dah ada mentor yang sanggup tunjuk jalan bagaimana nak mula.

Dan apa yang perlu dielakkan supaya anda tak buang masa.

Mentor yang saya maksudkan ada di bawah.

Klik di bawah jika nak belajar dengan beliau. 

Comments

Popular posts from this blog

3 Contoh Bisnes Modal Kecil Tahun 2024

Kami percaya anda yang datang sini kerana nak mencari contoh-contoh bisnes modal kecil yang mudah diusahakan, betul? Kalau macam tu, teruskan membaca artikel ini sampai habis. Bisnes Modal Kecil Antara ciri model perniagaan atau model bisnes yang baik adalah ia mestilah bisnes bermodal kecil . Kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini, anda masih punya wang simpanan untuk terus survive ; sama ada bertahan atau tukar bisnes lain. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 3 contoh bisnes yang sesuai untuk anda mulakan. 1. Stokis Bisnes sebegini sinonim dengan produk kecantikan dan kesihatan. Anda keluarkan sedikit modal untuk dapatkan stok. Kemudian anda jual kepada pengguna. Kebaikan bisnes berbentuk stokis ini adalah anda akan bermotivasi tinggi untuk menghabiskan stok yang bertimbun itu. Manakala kelemahannya pula, kadang-kadang HQ tak benarkan anda untuk pulangkan stok barangan sekiranya ia kurang laku. Jadi sebelum keluarkan sebarang modal, fikir betul-betul produk itu produk ...

Cara Mulakan Bisnes eBay Untuk Tahun 2024

Untuk anda yang baru pertama kali dengar tentang bisnes eBay, tapi belum faham lagi apa itu eBay? Baca artikel pertama ini terlebih dahulu. Supaya anda tak lost .  Langkah-Langkah Nak Mulakan Bisnes eBay Untuk artikel ini, saya nak kongsikan step-by-step apa perlu buat kalau anda nak mula berbisnes eBay. Saya akan bahagikan bahagian ini kepada beberapa bahagian. Buka akaun emel Daftar akaun eBay Daftar akaun Payoneer Link akaun eBay & Payoneer Buat produk research Buat listing Terima order Hantar order Ok anda dah bersedia? Jom buat step di bawah satu persatu. 1. Buka Akaun Emel Jika anda belum ada akaun emel, sila buka terlebih dahulu. Mudah sahaja caranya. Tapi saya percaya kebanyakan orang dah ada emel sekarang ni. Kredit imej : Google Anda boleh guna Gmail atau Yahoo. Tiada masalah. Satu emel untuk satu akaun eBay. 2. Daftar Akaun eBay Dah ada emel, baru boleh buka akaun eBay. Pergi ke eBay.com dan daftar di situ. Daftar akaun eBay 3. Daftar Akaun Payoneer Apa itu Payo...

Cara Buat Bisnes Online Tanpa Modal Dengan Affiliate Tahun 2024

Anda berminat nak tahu pasal cara buat bisnes online untuk program affiliate kan? Ok teruskan pembacaan anda di artikel ini. Artikel kali ini adalah kesinambungan daripada artikel terdahulu . Bisnes Online Tanpa Modal Sebelum itu, anda pernah dengar tak bisnes online tanpa modal ? Jika anda nak tahu, bisnes online tanpa modal ni ada. Bukan tak ada. Antara model bisnes online tanpa modal ini adalah program affiliate yang akan saya kongsikan ini. Dari segi pendaftaran mana-mana bisnes affiliate sekalipun, kebiasaannya ia adalah percuma. Manakala dari segi kaedah untuk mendapatkan jualan, anda boleh gunakan kaedah percuma dan juga kaedah berbayar. Cara Buat Bisnes Online Untuk cara buat bisnes online khususnya bisnes affiliate ini. Saya akan pecahkan kepada beberapa bahagian. Antaranya adalah ; Memilih niche Memilih penyedia perkhidmatan Memilih platform promosi Menghasilkan kandungan berkualiti Menghantar trafik ke kolam anda Mendapatkan klik sebanyak mungkin Apa Itu Niche? Niche d...