Skip to main content

3 Contoh Bisnes Modal Kecil Tahun 2024

Kami percaya anda yang datang sini kerana nak mencari contoh-contoh bisnes modal kecil yang mudah diusahakan, betul?

Kalau macam tu, teruskan membaca artikel ini sampai habis.

Bisnes Modal Kecil

Antara ciri model perniagaan atau model bisnes yang baik adalah ia mestilah bisnes bermodal kecil.

Kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini, anda masih punya wang simpanan untuk terus survive ; sama ada bertahan atau tukar bisnes lain.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 3 contoh bisnes yang sesuai untuk anda mulakan.

1. Stokis

Bisnes sebegini sinonim dengan produk kecantikan dan kesihatan.

Anda keluarkan sedikit modal untuk dapatkan stok.

Kemudian anda jual kepada pengguna.

Kebaikan bisnes berbentuk stokis ini adalah anda akan bermotivasi tinggi untuk menghabiskan stok yang bertimbun itu.

Manakala kelemahannya pula, kadang-kadang HQ tak benarkan anda untuk pulangkan stok barangan sekiranya ia kurang laku.

Jadi sebelum keluarkan sebarang modal, fikir betul-betul produk itu produk keperluan atau produk kehendak.

Jika ia produk kehendak, agak sukar untuk menghabiskannya dalam masa yang singkat.

[ Baca lagi : 4 Tips Menjual Produk Keperluan ]

2. Dropship Tanpa Modal

Bisnes dropship tanpa modal adalah antara model bisnes yang paling selamat untuk anda mulakan.

Kelebihannya adalah, anda tak perlu simpan stok dan tak perlu pos kepada pelanggan.

Biar HQ je yang buat semua tu.

Manakala kelemahannya adalah, untung satu barang biasanya sekitar 30% dari harga jualan.

Anda perlu jual produk ini dalam kuantiti yang banyak kalau nak dapat untung yang sedap.

3. Program Affiliate

Jika anda belum tahu lagi, program affiliate ini adalah antara model bisnes paling simple yang ada di pasaran.

  • Pemilik bisnes ; ada produk
  • Anda (ejen) ; promot produk tersebut

Pemilik bisnes akan melantik anda sebagai ejen affiliate.

Dan anda akan diberi satu link ID yang unik.

Dan anda juga akan diberi akses kepada semua bahan promosi ; gambar, artikel, ayat-ayat, banner, video dll.

Kredit imej : Freepik

Tugas anda sebagai ejen hanya buat promosi sahaja di mana-mana platform yang sesuai.

Dan setiap pembelian yang terhasil melalui link ID anda tadi akan dikira sebagai satu jualan.

Dan komisen jualan itu adalah milik anda 100%.

Lubuk Program Affiliate

Persoalannya, kat mana nak cari lubuk program affiliate yang trusted?

Kenapa perlu cari lubuk yang trusted?

Supaya anda tak bazir masa tersilap pilih lubuk.

Ini yang ejen perlu elakkan.

Bayangkan anda dah penat-penat buat promosi, dan dapat jualan.

Tiba-tiba pengendali afffiliate tu pula buat hal.

Hold payment la, bayaran lambat masuk la dan sebagainya

Ini sangat-sangat penting dan perlu diberi perhatian sewajarnya.

Baik sekarang saya akan kongsikan antara lubuk-lubuk best untuk anda bermula sebagai ejen affiliate di Malaysia ni.

Lubuk Produk Digital

Pada pandangan saya, jualan produk digital jauh lebih mudah berbanding produk fizikal.

Anda tak perlu fikirkan pasal barang dah sampai atau belum kepada pelanggan anda.

Segala support berkaitan produk dan masalah pelanggan akan dilakukan oleh pemilik produk.

Anda hanya fokus kepada promosi sahaja.

Jom saya kongsikan beberapa lubuk best produk digital untuk bacaan anda.

1. Klikjer

Platform Klikjer sudah lama berada dalam pasaran.

Interface-nya sangat memudahkan anda untuk mencari produk-produk yang dijual.

Antara produk yang hot yang menjadi pilihan pembeli adalah seperti ;

  • Panduan Bisnes Affiliate
  • Panduan Borong China
  • Panduan Taobao
  • Panduan Bisnes Shopee
  • Panduan Kerja Singapore

[ Baca lagi : Kebaikan Kerja Kosong Singapore ]

2. JVWarrior

Produk yang dijual di platform JVWarrior banyak berkisar tentang dunia bisnes online.

Antara produk JVWarrior yang pernah tular suatu ketika dahulu termasuklah ;

  • Panduan Hotel
  • Database King
  • Panduan Export Mudah

Saya ada menulis tentang case study Panduan Export Mudah di sini.

Jemput baca sama-sama.

Jika anda nak mendaftar di JVWarrior, sila daftar di sini.

3. JVSecurePay

Platform JVSecurePay pula lebih fokus kepada produk berbentuk pendidikan dan kerjaya.

Jika anda berminat nak promosi kepada graduan-graduan universiti.

Kredit imej : Kimberly Farmer | Unsplash

Atau mereka yang cari kerja kerajaan, di sini lah tempatnya.

Antara produk hot mereka adalah ;

  • Rujukan Psikometrik
  • Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

Agak malang sedikit kerana buat masa ini, pendaftaran JVSecurePay ditutup buat sementara waktu.

Sekiranya ia dibuka semula, saya akan maklumkan dalam artikel ini juga. 

Belajar Promosi Affiliate

Setelah anda mendaftar sebagai ejen affiliate, anda perlu buat promosi.

Jika tiada promosi, maka tiada prospek yang tahu mengenai produk anda.

Untuk melakukan promosi yang baik, anda perlu belajar cara promosi affiliate yang berkesan.

Bukan sekadar letak link entah di mana-mana, kemudian mengharapkan jualan akan masuk.

Itu adalah cara yang salah

Saya sangat sarankan anda baca panduan affiliate ini jika anda berminat nak belajar cara promosi yang betul.

Kerana ia dihasilkan oleh mereka yang betul-betul berjaya dalam bidang affiliate.

Pelaburan ini tidaklah mahal jika dibandingkan dengan pulangan yang bakal anda dapat nanti.

Pelaburan serendah 2 angka, mampu memberi pulangan sehingga 4 angka.

Jemput belajar dari mentor affiliate yang proven, sekarang juga!

Penutup

[+] Jika anda nak belajar menjual di Shopee, jemput baca panduan Shopee di sini.

[+] Sementara aplikasi Tik Tok masih trending, kita sebagai usahawan perlu menumpang arus mereka.  

[+] Belajar terus dari mereka yang pakar dalam bisnes Lazada di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Affiliate di Malaysia Tahun 2024

Ini adalah satu case study sebenar tentang bagaimana cara buat affiliate dan jana 4 angka pertama melalui affiliate kerjaya. Artikel ini adalah bahagian yang paling penting sekali. Jika anda belum hadam apa itu affiliate, sila baca artikel pertama terlebih dahulu. Dan jika anda nak belajar langkah demi langkah bagaimana nak bermula, sila baca artikel kedua pula. Cara Buat Affiliate Langkah pertama cara buat affiliate di Malaysia adalah dengan pemilihan niche . Saya bermula dengan niche affiliate kerjaya pada tahun 2015. Niche kerjaya ini adalah salah satu niche yang evergreen . Tambahan lagi, pesaing tidak ramai. Produk yang dijual adalah produk ebook ujian Psikometrik SPA . Pada mulanya, nak tunggu dapat jualan tu, punya la seksa. Apabila dah mula dapat rentak, baru la saya teruskan dengan konsisten. Daftar Sebagai Affiliate Kerjaya Untuk affiliate kerjaya ini, saya mendaftar di laman JVSecurePay. Malangnya, mereka sudah tidak buka pendaftaran buat masa ini. Jadi anda perlu ca...

Cara Berniaga di eBay Untuk Newbie 2024

Untuk anda yang nak tahu cara berniaga di eBay . Sila baca artikel pertama ini terlebih dahulu. Untuk anda yang berminat nak buat bisnes eBay, sila baca artikel kedua pula. Kami ada kongsikan langkah demi langkah bagaimana nak bermula. Cara Berniaga di eBay Baik dalam artikel ini. Kami nak kongsikan case study sebenar cara berniaga di eBay . Bagaimana seorang lelaki menjana 5 angka hanya dengan buat dropship Shopee dan jual semula di eBay. Menarik kan? Kisahnya bermula sejak PKP tahun 2020 dulu. Kredit imej : Utusan Malaysia Zaman Covid dulu, ramai yang sangkut & stuck duduk di rumah masing-masing. Ada yang dipotong pendapatannya, ada yang kena VSS, ada yang kena buang kerja terus. Jadi nak dijadikan cerita. Seorang lelaki dari Johor ni keluarkan satu panduan buat bisnes di pasaran USA. Mula-mula dia dan team dia nak makan sorang je. Buat apa bagitau kat semua orang kan? Tapi disebabkan ramai yang terjejas. PKP kemudian PKPD, PKPB dan macam-macam lagi. Dia setuju untuk tunjuk...