Skip to main content

Cari Kerja Kosong Singapore? Kerja Kosong Tahun 2024

Ramai yang mencari kerja kosong Singapore tiap-tiap hari.

Baik graduan, ataupun bukan graduan.

Bila ditanya kenapa nak cari kerja kosong Singapore?

Mestilah jawapannya ;

  • untuk sara diri
  • untuk sara keluarga
  • nak cari duit buat simpanan
  • nak selesaikan hutang
  • nak berkahwin
  • dan macam-macam lagi

Saya percaya semua orang yang menginjak usia dewasa akan mula mencari kerja kosong seawal 18 tahun.

Saya dulu pun begitu.

Kerja Kosong Kerajaan

Antara pilihan kerjaya bagi graduan yang baru lepas keluar universiti adalah kerja kerajaan.

Siapa taknak kan?

Gaji pokok tak lah tinggi. Tapi elaunnya banyak.

Dan ada skim pencen.

Tambah-tambah yang masuk gred 29 ke atas. Tapi persaingan sangat sengit.

Nak masuk gred 41? Anda perlu bersaing dengan puluhan ribu graduan Ijazah serta Sarjana.

Nak masuk gred 29? Anda kena bersaing dengan puluhan ribu graduan Diploma serta calon SPM.

Tambahan lagi, sekarang ni SPA guna sistem ujian Psikometrik untuk tapisan pertama mereka.

Lagi lah susah nak masuk.

Cadangan saya (sebagai orang yang dah berumur) ni, jika nak masuk kerja kerajaan.

Fokus kepada gred sokongan, iaitu gred 19.

Kekosongan sangat banyak setiap tahun untuk jawatan Separa Perubatan.

Lepas je SPM, tak perlu sambung Matrikulasi & Ijazah pelik-pelik tu.

Nanti keluar universiti, susah cari kerja.

Masuk je Separa Perubatan.

Dalam tu ada 2 program bertaraf Sijil & 10 program bertaraf Diploma.

Sah-sah bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perform sikit masa belajar dan jangan main-main. InsyaAllah diserap masuk ke sektor kerajaan.

Pakat-pakat bagitau kepada anak-anak & adik-adik kat rumah tu semua ya.

Adapun jika anda lebih selesa nak kerja sendiri, boleh buat bisnes di internet.

Antara bisnes yang boleh dipelajari adalah bisnes affiliate.

[ Baca lagi : Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Affiliate ]

Kerja Kosong Singapore

Satu lagi pilihan selain dari kerja kerajaan adalah kerja Singapore.

Anda pernah dengar tak ramai kawan-kawan yang pergi cari kerja kosong Singapore?

Kredit imej : Tawatchai07 | Freepik

Kerja di Singapore tidaklah sesukar yang disangka.

Jika anda nak cari duit untuk kahwin, nak cari duit untuk selesaikan hutang, kerja Singapore adalah pilihan yang tepat.

Sebab apa?

Duit Singapore tinggi.

Kerja di Singapura sebagai pencuci pinggan dibayar $1500.

Ketika artikel ini ditulis, kadar tukaran adalah sekitar 3 kali ganda dari duit Ringgit.

Jika ditukar kepada duit Ringgit Malaysia ia berjumlah hampir RM4500 tau.

Jadi jangan pandang rendah.

Itu baru kerja kosong untuk mereka yang tidak berpendidikan tinggi.

Bayangkan jika anda ada Diploma atau Ijazah?

Gaji anda akan menjadi lebih tinggi.

Kelebihan Kerja Kosong Singapore

Kelebihan kerja kosong Singapore yang boleh kami kongsikan ni ada banyak.

Selain daripada bergaji tinggi.

Anda juga akan menikmati kelebihan-kelebihan berikut ;

1. Jarak Yang Dekat

Tahukah anda jarak antara Singapore dan Johor Bahru hanyalah sekitar 1 km sahaja.

Lebih kurang antara jarak dari Bandar Sunway ke USJ.

Bahkan ramai rakyat Malaysia yang berulang lebih jauh setiap hari ke tempat kerja.

Saya pernah jumpa seorang rakan berulang naik motosikal dari Nilai ke Gombak setiap hari menaiki motosikal.

Tempat kerjanya di Taman Sri Gombak, Batu Caves.

Jauh kan?

Saya percaya ramai lagi antara kita yang berulang alik jauh setiap hari semata-mata nak mencari rezeki Allah.

Semoga Allah permudahkan urusan anda semua.

2. Kos Hidup Rendah Jika Tinggal di Malaysia

Pendapatan anda jika bekerja di Singapore dibayar dalam duit $$ Dolar Singapore.

Jika anda tinggal di sana.

Anda terpaksa membayar rumah sewa, makanan dan lain-lain dalam mata wang sana.

Jadi ia tak beri sebarang faedah buat anda.

Apa yang terbaik adalah, tinggal sahaja di Johor Bahru.

Kos sewa rumah pasti sama dengan rakyat Malaysia.

Cuma gaji anda sahaja akan sama dengan penduduk Singapura.

3. Mudah Pulang Jika Berlaku Apa-Apa

Sekiranya anda bekerja di Jepun dan jika terjadi apa-apa kepada keluarga anda.

Anda perlu pulang menaiki pesawat.

Dan ia akan memakan masa dan memerlukan kepada prosedur tertentu.

Terutamanya di lapangan terbang.

Tetapi sekiranya anda bekerja di Singapura dan anda nak pulang ke Malaysia.

Ia jauh lebih mudah.

Naik sahaja bas dan anda sudah sampai di tanah air tercinta.

Kosnya pula sangat minimum. 

Kerja Kosong Singapura

Untuk mencari kerja kosong di Singapura, anda tak perlu kepada ejen sangat pun.

Anda boleh sahaja baca panduan yang disediakan ini supaya anda tahu selok belok bagaimana nak mulakan hidup anda sebagai pekerja di Singapore.

Panduan ini ditulis sebagai guideline untuk anda dari segi ;

  • Dokumen yang diperlukan
  • Bagaimana nak masuk
  • Kenderaan yang diperlukan
  • Pembayaran gaji
  • Permit kerja
  • Solat
  • Bahasa
  • Tempat tidur
  • Dan macam-macam lagi

Jika anda sudah bersedia nak cari kerja kosong Singapore.

Saya cadangkan anda dapatkan panduan di bawah dan khatam dulu panduan ini.

Dan akhir sekali.

Kami doakan anda sukses dalam mencari kerja kosong ; baik di Malaysia atau di Singapura. :) 

Comments

Popular posts from this blog

3 Contoh Bisnes Modal Kecil Tahun 2024

Kami percaya anda yang datang sini kerana nak mencari contoh-contoh bisnes modal kecil yang mudah diusahakan, betul? Kalau macam tu, teruskan membaca artikel ini sampai habis. Bisnes Modal Kecil Antara ciri model perniagaan atau model bisnes yang baik adalah ia mestilah bisnes bermodal kecil . Kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini, anda masih punya wang simpanan untuk terus survive ; sama ada bertahan atau tukar bisnes lain. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 3 contoh bisnes yang sesuai untuk anda mulakan. 1. Stokis Bisnes sebegini sinonim dengan produk kecantikan dan kesihatan. Anda keluarkan sedikit modal untuk dapatkan stok. Kemudian anda jual kepada pengguna. Kebaikan bisnes berbentuk stokis ini adalah anda akan bermotivasi tinggi untuk menghabiskan stok yang bertimbun itu. Manakala kelemahannya pula, kadang-kadang HQ tak benarkan anda untuk pulangkan stok barangan sekiranya ia kurang laku. Jadi sebelum keluarkan sebarang modal, fikir betul-betul produk itu produk ...

Cara Buat Affiliate di Malaysia Tahun 2024

Ini adalah satu case study sebenar tentang bagaimana cara buat affiliate dan jana 4 angka pertama melalui affiliate kerjaya. Artikel ini adalah bahagian yang paling penting sekali. Jika anda belum hadam apa itu affiliate, sila baca artikel pertama terlebih dahulu. Dan jika anda nak belajar langkah demi langkah bagaimana nak bermula, sila baca artikel kedua pula. Cara Buat Affiliate Langkah pertama cara buat affiliate di Malaysia adalah dengan pemilihan niche . Saya bermula dengan niche affiliate kerjaya pada tahun 2015. Niche kerjaya ini adalah salah satu niche yang evergreen . Tambahan lagi, pesaing tidak ramai. Produk yang dijual adalah produk ebook ujian Psikometrik SPA . Pada mulanya, nak tunggu dapat jualan tu, punya la seksa. Apabila dah mula dapat rentak, baru la saya teruskan dengan konsisten. Daftar Sebagai Affiliate Kerjaya Untuk affiliate kerjaya ini, saya mendaftar di laman JVSecurePay. Malangnya, mereka sudah tidak buka pendaftaran buat masa ini. Jadi anda perlu ca...

Cara Berniaga di eBay Untuk Newbie 2024

Untuk anda yang nak tahu cara berniaga di eBay . Sila baca artikel pertama ini terlebih dahulu. Untuk anda yang berminat nak buat bisnes eBay, sila baca artikel kedua pula. Kami ada kongsikan langkah demi langkah bagaimana nak bermula. Cara Berniaga di eBay Baik dalam artikel ini. Kami nak kongsikan case study sebenar cara berniaga di eBay . Bagaimana seorang lelaki menjana 5 angka hanya dengan buat dropship Shopee dan jual semula di eBay. Menarik kan? Kisahnya bermula sejak PKP tahun 2020 dulu. Kredit imej : Utusan Malaysia Zaman Covid dulu, ramai yang sangkut & stuck duduk di rumah masing-masing. Ada yang dipotong pendapatannya, ada yang kena VSS, ada yang kena buang kerja terus. Jadi nak dijadikan cerita. Seorang lelaki dari Johor ni keluarkan satu panduan buat bisnes di pasaran USA. Mula-mula dia dan team dia nak makan sorang je. Buat apa bagitau kat semua orang kan? Tapi disebabkan ramai yang terjejas. PKP kemudian PKPD, PKPB dan macam-macam lagi. Dia setuju untuk tunjuk...