Skip to main content

Belum Pernah Guna Google Ads? Baca 9 Kelebihannya Dulu

Anda pernah dengar pasal Google Ads?

Ke belum pernah dengar lagi?

Kalau belum pernah lagi, sila baca artikel ini sampai habis.

Google Ads adalah satu tools / platform yang disediakan oleh Google sendiri untuk semua penggunanya mengiklankan sebarang servis di laman Google.

Termasuk juga laman-laman partner Google seperti Youtube dan web-web lain.

Kepentingan Google

Selain bertindak sebagai laman carian terbesar di dunia.

Google juga ada 271 produk sampingan lain untuk pengguna-pengguna mereka.

Kredit imej : Mitchell Luo | Unsplash

Antaranya seperti Google Maps, Google Lens, Google News, Google Images, Google Mail dan macam-macam lagi.

Hari ini, 4.3 billion manusia menggunakan Google setiap hari (sumber : WPDevShed).

Google Ads Malaysia

Di Malaysia, Google Ads digunakan oleh kebanyakan usahawan, entrepreneur serta solopreneur.

Untuk mengiklankan bisnes mereka di muka hadapan Google.

Kenapa kena iklan di Google?

Sebagai usahawan, kita nak prospek nampak iklan kita.

Kita taknak prospek nampak iklan orang lain (pesaing).

Bila prospek tengok iklan kita dulu, lebih besar potensi untuk bisnes kita mendapat jualan.

Simple je.

Itu sifirnya kenapa kita perlu beriklan di Google.

Search Engine Marketing

Search Engine Marketing (SEM) terdiri daripada 2 iaitu ;

  • SEO
  • Google Ads

SEO adalah kaedah pengiklanan di Google secara percuma.

Untuk berjaya dalam SEO, anda perlu ada sedikit kemahiran menulis.

Artikel berkaitan : Bacaan lanjut mengenai SEO [KLIK]

Manakala Google Ads adalah kaedah pengiklanan di Google secara berbayar.

9 Kelebihan Google Ads

Apa kelebihan Google Ads berbanding cara percuma tadi?

Baik dalam artikel ini kami senaraikan 9 kelebihan Google Ads untuk makluman anda.

1. Cepat

Google Ads (GA) ni cepat.

Kalau anda dah setup.

Kurang dari 24 jam iklan anda akan dipaparkan di laman pertama Google.

Tak macam SEO.

SEO lambat sikit.

Kredit imej : Stephen Phillips - Hostreviews.co.uk | Unsplash

Saya sendiri berpengalaman tulis artikel, paling awal dalam 3 hari baru appear dalam direktori Google.

Itu pun duduk dekat halaman belakang-belakang.

Dan belum tentu dapat trafik.

2. Boleh Run Walaupun Tiada Laman Web Sendiri

Antara soalan yang biasa ditanya oleh pengguna yang belum pernah menggunakan GA adalah.

"Wajib kena ada web sendiri ke?"

Ok, dalam GA anda boleh buat iklan walaupun tanpa menggunakan web sendiri.

Anda boleh beriklan dan hantar trafik ke ;

  • FB Page
  • Laman Blogspot
  • Bahkan ke kedai Shopee (tak digalakkan)

Jadi jika anda usahawan yang baru nak berjinak dengan GA.

Usah risau dan usah takut.

Boleh mulakan dengan sumber yang anda ada dulu.

3. Boleh Target Keyword

Apabila anda beriklan, sudah tentu anda nakkan jualan, betul?

Jadi dalam Google Ads, anda boleh sasarkan iklan anda untuk dilihat oleh prospek yang nak membeli sahaja.

Tengok contoh di bawah ;

"beli Kamamax"

"Kamamax diperbuat daripada apa?"

Sebagai seorang pengiklan, anda patut pilih yang mana kata kunci (keyword) yang mana satu?

Sudah semestinya anda kena pilih kata kunci yang pertama.

Kerana mereka yang mencari kata kunci pertama tersebut sudah ada keinginan untuk membeli.

Berbanding dengan dengan mereka yang mencari kata kunci nombor dua.

Mereka hanya mencari info.

Bukan ada keinginan nak beli lagi.

4. Boleh Kawal Bajet

Apabila anda menggunakan Google Ads.

Anda boleh mengawal bajet harian atau bajet bulanan anda.

Antara caranya adalah dengan ;

  • memasukkan negative keyword sebanyak mungkin
  • off-kan iklan pada waktu yang tidak pernah berlaku jualan

Dengan cara ini, bajet harian / bulanan anda tak dibazirkan begitu sahaja.

5. Boleh Kawal Iklan Nak Papar ke Lokasi Mana

Dengan Google Ads, anda juga boleh mengawal lokasi iklan anda dipaparkan.

Ada beberapa perkara yang anda perlu adjust di bahagian setting.

Kredit imej : Freepik

Supaya iklan anda tak pergi kepada orang-orang asing yang tinggal dalam Malaysia.

Contohnya Bangladesh, Indonesia, Myanmar, India, Nepal, Brunei, Singapura dan lain-lain.

6. Boleh Sasarkan Iklan ke Device Apa

Dengan GA juga, anda boleh sasarkan iklan anda untuk keluar di PC atau mobile sahaja.

Boleh pilih salah satu.

Jika nak iklan anda keluar di kedua-dua device ni pun, boleh juga. 

7. Boleh Pilih Nak Guna Ayat Sahaja Atau Guna Gambar Sekali

Dengan GA, anda boleh buat iklan teks 100%.

Atau jika anda nak guna dalam bentuk gambar sahaja pun boleh.

Jika teks sahaja, guna Google Search Network.

Jika nak buat dalam gambar, guna Google Display Network.

Artikel berkaitan : Perbezaan antara Google Search & Google Display [KLIK]

8. Boleh Kawal Iklan Nak Keluar Pukul Berapa

Dah run iklan lama, tiba-tiba anda nak optimize iklan anda.

Salah satu caranya adalah dengan melihat kembali data yang berlaku untuk 2-3 minggu lepas.

Dari situ anda boleh off-kan iklan pada jam tertentu ketika mana waktu tersebut ;

  • tiada impression (iklan tidak dipaparkan)
  • tidak terdapat sebarang conversion atau
  • tiada jualan yang berlaku

9. Setup Sekali Kemudian Terus Tinggal

Antara perkara best kalau anda guna GA ni adalah.

Anda tak perlu sangat nak pantau prestasi iklan.

Mungkin untuk 2-3 hari terawal anda kena pantau tengok ada jualan ke tak.

Ataupun nak tambah negative keyword.

Selain dari tu, bila dah perform biar kan saja dia jalan.

Pantau sekali seminggu pun dah ok.

Belajar Dengan Pakar | Sifu Google Ads

Adapun jika anda berminat nak lonjakkan jualan produk / perkhidmatan anda.

Anda patut cuba Google Ads sekarang.

Di saat kos makin menggila di FB & Instagram, anda patut tambah lagi satu channel pemasaran.

Belajar dari pakar lebih mudah.

Anda tak perlu lagi langgar dinding.

Saya dulu pun belajar dari sifu Google Ads ini.

Sifu Wan Mus namanya.

InsyaAllah tak rugi.

Saya sendiri bermula dari 2018 dan sekarang dah familiar dengan selok belok Google Ads.

Jika anda nak belajar dari Sifu.

Klik butang di bawah sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual Barang di eBay 2024

Nak belajar cara jual barang di eBay tahun 2024 ini? Teruskan bacaan anda di sini. Bisnes eBay adalah satu platform membeli-belah secara atas talian yang dah wujud sejak tahun 1995 yang berpusat di California, Amerika Syarikat. Sehingga ke hari ini, eBay masih lagi merupakan laman platform membeli-belah yang terkenal di seluruh dunia. Walaupun dengan kemunculan platform-platform lain seperti Amazon, AliBaba, AliExpress, Shopee, Lazada dan lain-lain. Kelebihan Bisnes eBay Di Malaysia, bisnes eBay masih belum menyeluruh lagi. Mungkin disebabkan promosi yang dilakukan sedikit kurang berbanding platform membeli-belah yang lain. Rakyat Malaysia lebih terdedah dengan Shopee & Lazada. Tapi tahukah anda bahawa eBay ada beberapa kelebihan lain yang tiada di platform lain? Ayuh kita tengok satu persatu kelebihan eBay ni. 1. Trafik Yang Berkualiti Di eBay, pelawat yang datang adalah sangat ramai. Dengan anggaran jumlah pelawat adalah sekitar 743 juta pada Mac 2023 (sumber : Statista ). Merek

Bisnes Online Dari Rumah Dengan Program Affiliate Tahun 2024

Buat bisnes online adalah salah satu cara masa kini untuk mendapatkan pendapatan tambahan di internet. Terdapat banyak cabang bisnes online yang wujud di negara kita. Bisnes Online Dari Rumah Antara kebaikan buat bisnes online dari rumah adalah anda akan mempunyai lebih masa bersama keluarga. Jadi lebih mudah untuk rancang masa, rancang nak buat apa, rancang nak keluar beli barang pukul berapa dan sebagainya. Mudah kata, anda tak terikat dengan masa pejabat. Salah satu cabang bisnes online dari rumah adalah program affiliate. Program Affiliate Secara ringkasnya, program affiliate adalah anda mempromosikan produk orang lain dan anda akan dibayar sebanyak 50% (dalam kebanyakan kes) dari harga jualan. Kredit imej : Rawpixel.com | Freepik Namun ada juga pengendali affiliate yang mampu membayar sehingga 90%. Produk Affiliate Yang Dijual Produk apa yang biasanya dijual menggunakan sistem affiliate ini? Sekitar 10 tahun yang lepas, produk yang dijual menggunakan sistem affiliate ini keb

Cara Buat Bisnes Online Tanpa Modal Dengan Affiliate Tahun 2024

Anda berminat nak tahu pasal cara buat bisnes online untuk program affiliate kan? Ok teruskan pembacaan anda di artikel ini. Artikel kali ini adalah kesinambungan daripada artikel terdahulu . Bisnes Online Tanpa Modal Sebelum itu, anda pernah dengar tak bisnes online tanpa modal ? Jika anda nak tahu, bisnes online tanpa modal ni ada. Bukan tak ada. Antara model bisnes online tanpa modal ini adalah program affiliate yang akan saya kongsikan ini. Dari segi pendaftaran mana-mana bisnes affiliate sekalipun, kebiasaannya ia adalah percuma. Manakala dari segi kaedah untuk mendapatkan jualan, anda boleh gunakan kaedah percuma dan juga kaedah berbayar. Cara Buat Bisnes Online Untuk cara buat bisnes online khususnya bisnes affiliate ini. Saya akan pecahkan kepada beberapa bahagian. Antaranya adalah ; Memilih niche Memilih penyedia perkhidmatan Memilih platform promosi Menghasilkan kandungan berkualiti Menghantar trafik ke kolam anda Mendapatkan klik sebanyak mungkin Apa Itu Niche? Niche d