Kami percaya anda yang datang sini kerana nak mencari contoh-contoh bisnes modal kecil yang mudah diusahakan, betul? Kalau macam tu, teruskan membaca artikel ini sampai habis. Bisnes Modal Kecil Antara ciri model perniagaan atau model bisnes yang baik adalah ia mestilah bisnes bermodal kecil . Kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini, anda masih punya wang simpanan untuk terus survive ; sama ada bertahan atau tukar bisnes lain. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 3 contoh bisnes yang sesuai untuk anda mulakan. 1. Stokis Bisnes sebegini sinonim dengan produk kecantikan dan kesihatan. Anda keluarkan sedikit modal untuk dapatkan stok. Kemudian anda jual kepada pengguna. Kebaikan bisnes berbentuk stokis ini adalah anda akan bermotivasi tinggi untuk menghabiskan stok yang bertimbun itu. Manakala kelemahannya pula, kadang-kadang HQ tak benarkan anda untuk pulangkan stok barangan sekiranya ia kurang laku. Jadi sebelum keluarkan sebarang modal, fikir betul-betul produk itu produk
Anda pernah dengar pasal Google Ads? Ke belum pernah dengar lagi? Kalau belum pernah lagi, sila baca artikel ini sampai habis. Google Ads adalah satu tools / platform yang disediakan oleh Google sendiri untuk semua penggunanya mengiklankan sebarang servis di laman Google. Termasuk juga laman-laman partner Google seperti Youtube dan web-web lain. Kepentingan Google Selain bertindak sebagai laman carian terbesar di dunia. Google juga ada 271 produk sampingan lain untuk pengguna-pengguna mereka. Kredit imej : Mitchell Luo | Unsplash Antaranya seperti Google Maps, Google Lens, Google News, Google Images, Google Mail dan macam-macam lagi. Hari ini, 4.3 billion manusia menggunakan Google setiap hari (sumber : WPDevShed ). Google Ads Malaysia Di Malaysia, Google Ads digunakan oleh kebanyakan usahawan, entrepreneur serta solopreneur . Untuk mengiklankan bisnes mereka di muka hadapan Google. Kenapa kena iklan di Google? Sebagai usahawan, kita nak prospek nampak iklan kita. Kita taknak prospe