Kami percaya anda yang datang sini kerana nak mencari contoh-contoh bisnes modal kecil yang mudah diusahakan, betul? Kalau macam tu, teruskan membaca artikel ini sampai habis. Bisnes Modal Kecil Antara ciri model perniagaan atau model bisnes yang baik adalah ia mestilah bisnes bermodal kecil . Kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini, anda masih punya wang simpanan untuk terus survive ; sama ada bertahan atau tukar bisnes lain. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 3 contoh bisnes yang sesuai untuk anda mulakan. 1. Stokis Bisnes sebegini sinonim dengan produk kecantikan dan kesihatan. Anda keluarkan sedikit modal untuk dapatkan stok. Kemudian anda jual kepada pengguna. Kebaikan bisnes berbentuk stokis ini adalah anda akan bermotivasi tinggi untuk menghabiskan stok yang bertimbun itu. Manakala kelemahannya pula, kadang-kadang HQ tak benarkan anda untuk pulangkan stok barangan sekiranya ia kurang laku. Jadi sebelum keluarkan sebarang modal, fikir betul-betul produk itu produk ...