Skip to main content

5 Kelebihan Shopee Untuk Bisnes Online 2024

Nak tahu apa kelebihan Shopee berbanding platform bisnes online lain?

Teruskan bacaan anda dalam artikel ini.

Kepada yang baru nak mula berjinak berniaga online ni, sebenarnya ada banyak platform yang boleh anda mulakan.

Salah satu platform bisnes online yang terbaik adalah berniaga di Shopee.

Kelebihan Shopee

Trend membeli belah zaman sekarang ni memang ramai yang akan sebut Shopee.

Nak beli produk skincare, Shopee.

Nak beli barangan bayi, Shopee.

Nak beli barangan laptop & gaming pun Shopee jugak.

Jadi sebagai seorang usahawan di Malaysia, anda seharusnya tak melepaskan peluang untuk menjual produk anda di Shopee.

Bagaimana jika anda tidak ada produk sendiri? 

Tak menjadi masalah, boleh je buat dropship dekat Shopee.

Baca di sini panduan jual barang di Shopee tanpa produk sendiri.

Kelebihan Shopee Untuk Bisnes Online

Ada banyak kelebihan Shopee jika anda nak mula buat bisnes online di internet.

Jom kita baca satu persatu.

1. Popular

Shopee berada di ranking ke-3 paling popular di Malaysia jauh meninggalkan Lazada di ranking ke-8.

Disebabkan itu, Shopee mendapat trafik yang sangat banyak dalam sehari.

Jadi anda tak perlukan kepada iklan berbayar lain seperti Google Ads untuk tarik trafik.

Kerana trafik memang sudah ada di situ.

[ Baca lagi : 9 Kelebihan Google Ads ]

2. Selamat

Antara ciri-ciri laman e-commerce yang selamat adalah pelanggan dilindungi dari penipuan scammer.

Ini yang diterapkan oleh pihak Shopee sejak awal penubuhannya.

Apabila pelanggan menerima barang dalam keadaan selamat.

Baru lah duit pelanggan akan dipindahkan ke akaun penjual.

Jadi, penjual tidak ada peluang untuk melarikan duit pelanggan.

3. Murah

Jika anda seorang yang rajin berbelanja, anda akan dapati harga di Shopee sangat murah.

Dan yang best-nya, kualiti tetap sama dengan barang yang dijual di kedai biasa.

Itu yang menyebabkan ramai orang suka berbelanja di Shopee.

4. Pendaftaran akaun adalah percuma

Jika anda nak buka akaun Shopee, anda tak dikenakan sebarang bayaran.

Begitu juga jika anda nak daftar sebagai penjual.

Anda juga tak dikenakan sebarang bayaran.

5. Lesen SSM tidak diperlukan

Di Shopee, mereka tidak mensyaratkan penjual untuk mendaftarkan syarikat.

Jadi sesiapa sahaja boleh mendaftar sebagai penjual di situ. 

Kredit imej : Wikipedia

Panduan Lengkap Bisnes Shopee

Bagi yang baru bermula, anda mungkin perlukan sedikit masa.

Untuk memahirkan diri dengan features yang ada dalam aplikasi Shopee.

Untuk itu, saya sangat menggalakkan anda untuk baca panduan lengkap bisnes Shopee ini.

Untuk membantu memudahkan anda berniaga di Shopee.

Antaranya kandungan panduan ini adalah ;

  • belajar cara setup kedai Shopee dengan sempurna
  • belajar cara nak masukkan produk ke dalam kedai dengan cara mudah
  • belajar bagaimana nak tulis description supaya pelawat tertarik nak beli di kedai anda
  • belajar bagaimana nak uruskan tempahan
  • belajar cara nak promosi barang dalam Shopee
  • jika tiada produk sendiri, bagaimana nak buat?
  • belajar dapatkan 5 pembekal yang dipercayai untuk buat bisnes ini
  • belajar nak cari pembekal dropship yang dipercayai
  • belajar bagaimana nak dapatkan 1000 follower seminggu

Semuanya akan didedahkan dalam panduan lengkap bisnes Shopee ini.

Klik butang di bawah.

Penutup

Sebagai penutup, kami bawakan beberapa artikel atau laman menarik untuk anda belajar.

[+] Jika anda nak belajar menjual di pasaran luar negara, jemput baca artikel ini.

[+] Sementara aplikasi Tik Tok masih trending, kita sebagai usahawan perlu menumpang arus mereka.  

[+] Belajar terus dari mereka yang pakar dalam bisnes Lazada di sini.

[+] Nak belajar affiliate? Baca case study saya sendiri di sini.

Comments

Popular posts from this blog

3 Contoh Bisnes Modal Kecil Tahun 2024

Kami percaya anda yang datang sini kerana nak mencari contoh-contoh bisnes modal kecil yang mudah diusahakan, betul? Kalau macam tu, teruskan membaca artikel ini sampai habis. Bisnes Modal Kecil Antara ciri model perniagaan atau model bisnes yang baik adalah ia mestilah bisnes bermodal kecil . Kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini, anda masih punya wang simpanan untuk terus survive ; sama ada bertahan atau tukar bisnes lain. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 3 contoh bisnes yang sesuai untuk anda mulakan. 1. Stokis Bisnes sebegini sinonim dengan produk kecantikan dan kesihatan. Anda keluarkan sedikit modal untuk dapatkan stok. Kemudian anda jual kepada pengguna. Kebaikan bisnes berbentuk stokis ini adalah anda akan bermotivasi tinggi untuk menghabiskan stok yang bertimbun itu. Manakala kelemahannya pula, kadang-kadang HQ tak benarkan anda untuk pulangkan stok barangan sekiranya ia kurang laku. Jadi sebelum keluarkan sebarang modal, fikir betul-betul produk itu produk ...

Cara Mulakan Bisnes eBay Untuk Tahun 2024

Untuk anda yang baru pertama kali dengar tentang bisnes eBay, tapi belum faham lagi apa itu eBay? Baca artikel pertama ini terlebih dahulu. Supaya anda tak lost .  Langkah-Langkah Nak Mulakan Bisnes eBay Untuk artikel ini, saya nak kongsikan step-by-step apa perlu buat kalau anda nak mula berbisnes eBay. Saya akan bahagikan bahagian ini kepada beberapa bahagian. Buka akaun emel Daftar akaun eBay Daftar akaun Payoneer Link akaun eBay & Payoneer Buat produk research Buat listing Terima order Hantar order Ok anda dah bersedia? Jom buat step di bawah satu persatu. 1. Buka Akaun Emel Jika anda belum ada akaun emel, sila buka terlebih dahulu. Mudah sahaja caranya. Tapi saya percaya kebanyakan orang dah ada emel sekarang ni. Kredit imej : Google Anda boleh guna Gmail atau Yahoo. Tiada masalah. Satu emel untuk satu akaun eBay. 2. Daftar Akaun eBay Dah ada emel, baru boleh buka akaun eBay. Pergi ke eBay.com dan daftar di situ. Daftar akaun eBay 3. Daftar Akaun Payoneer Apa itu Payo...

Belum Pernah Guna Google Ads? Baca 9 Kelebihannya Dulu

Anda pernah dengar pasal Google Ads? Ke belum pernah dengar lagi? Kalau belum pernah lagi, sila baca artikel ini sampai habis. Google Ads adalah satu tools / platform yang disediakan oleh Google sendiri untuk semua penggunanya mengiklankan sebarang servis di laman Google. Termasuk juga laman-laman partner Google seperti Youtube dan web-web lain. Kepentingan Google Selain bertindak sebagai laman carian terbesar di dunia. Google juga ada 271 produk sampingan lain untuk pengguna-pengguna mereka. Kredit imej : Mitchell Luo | Unsplash Antaranya seperti Google Maps, Google Lens, Google News, Google Images, Google Mail dan macam-macam lagi. Hari ini, 4.3 billion manusia menggunakan Google setiap hari (sumber : WPDevShed ). Google Ads Malaysia Di Malaysia, Google Ads digunakan oleh kebanyakan usahawan, entrepreneur serta solopreneur . Untuk mengiklankan bisnes mereka di muka hadapan Google. Kenapa kena iklan di Google? Sebagai usahawan, kita nak prospek nampak iklan kita. Kita taknak prospe...